music :)

Sunday, 4 December 2011

Pencari kesabaran


aSSalamualaikum...

Aku nk berkongsi.. 
Seorang yang sedang mencari erti kesabaran..
sama-sama kita mengambil tauladan..

Syahirah Atikah adalah seorang yang lemah-lembut.. 
disamping tu , dia mmpunyai hati yang lembut untuk menerima dan memaafkan.. 
Syahirah yang suke menasihati orang untuk meningkat motivasinya pada diri sendiri.. 
Walaupun dia mempunyai masalah yang kecil mahupun besar, keceriaan bukan masalah pada dirinya..
Dia akan mengukir sebuah senyuman yang tidak akan terhapus dari wajahnya.. 
Syahirah juga ramai kawan.. tetapi !
''manusia tidak akan boleh membaca isi hati orang lain''
kan????? 

Isi hati yang sukar dibaca itulah wujudnya pelbagai fikiran yang negatif yang dimanipulasikan.. 
Sehingga fikiran negatifnya itu memakan dirinya sendiri.. 
Kadang-kadang manusia lupa, kesabaran ada tahapnya.. 
Kesabaran perlu ditingkatkan.. !
Kesabaran yang perlu ditanamkan didalam hati dan fikiran.. 
Supaya tidak termakan negatif diri sendiri.. 

''Siapakah kawan aku?'' 
''Dimanakah kawan aku saat memerlukan?''
''Adakah mereka bencikan aku?''

pelbagai fikiran negatif yang wujud.. 
akhirnya terpedaya dengan bisikan tersebut dan akan menyebabkan wujudnya ketidakpuashatian.. 

Sesungguhnya kesabaran itu adalah senjata mulia untuk menempuhi pelbagai ujian..
Melawan bisikan yang negatif itu juga adalah ujian.. 
Ujian yang pelbagai bentuk, hanya SABAR yang memampu untuk melawannya..

Hikmah bersabar:

Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)

Firman-Nya lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.” (Surah al-Zumar, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)



T/Kasih mr.google : searching about ''kesabaran''

Sama-sama kita beramal...
Tingkatkan KESABARAN supaya menjadi modal insan yang cemerlang.. INSYAALLAH!



No comments:

Post a Comment